PAS Layak Perintah Negara


KUALA TERENGGANU – PAS layak memimpin negara kerana tidak hanya memperjuangkan kepentingan orang Melayu sahaja, sebaliknya meletakkan keadilan untuk semua kaum di negara ini.

Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Terengganu, Dr Balachandran Gopal Krishnan berkata, parti ini diyakini kerana memperjuangkan Islam yang syumul. 

“Islam adalah rahmat untuk semua di dalam negara ini, kerana itu DHPP wajib menjadi pendukung kepada PAS untuk memastikan agendanya memimpin perpaduan dapat dilaksanakan dalam erti kata sebenar.

“Apabila kita duduk bersama Islam selama ini kita hendakkan keadilan, yang menjamin keharmonian semua rakyat di negeri ini tanpa mengira agama, bangsa dan perpbezaan, 

"malah menjamin kebebasan beragama kerana tidak pernah paksa mana-mana yang bukan Islam apabila bersama dengan PAS kena masuk Islam." tegasnya. 

Ketika berucap pada Majlis Konvesyen DHPP Terengganu beliau berkata golongan bukan Islam jangan terpengaruhi dengan mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab yang menghasut supaya membenci PAS. 


"sedangkan PAS adalah parti yang mengikut petunjuk wahyu, berteraskan al-Qur’an dan sunnah, dan melaksanakan setiap janjinya, 

"kerana takutkan azab neraka apabila tidak amanah, kerana itu tidak ada lagi dalam sejarah pemimpin PAS terlibat dengan rasuah,”ujarnya pada Majlis tersebut Isnin 29 Ogos.

Oleh itu, kata beliau, setiap anggota DHPP wajar memahami dan menghayati dasar perjuangan PAS dan terus kekal istiqamah bersama parti.

Tambahnya, PAS tidak pernah menimbulkan masalah dan menjadi kewajipan parti itu untuk menghormati kehendak orang bukan Islam. 

Katanya, PAS berdakwah untuk mengajak manusia melakukan kebaikan dan beru menyelamatkan rakyat di negara ini, daripada kemungkaran. 

"apabila berbuat baik, rakyat akan merasa selamat maka ini juga merupakan suatu jambatan untuk kita tawarkan kebaikan kepada orang lain agar mereka melakukan perkara yang sama dan menyelesaikan masalah rakyat, “ujarnya.

Ulasan