PAS Masih Percaya Dan Menjunjung Prinsip Perpaduan Ummah


 Walau apa pun komen dan pendapat yang dikemukakan, PAS masih percaya dan menjunjung prinsip penyatuan ummah melalui Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN). 

Justeru, parti itu masih menunggu untuk melihat peluang untuk bekerjasama dengan Umno melalui kerjasama politik MN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

"PAS adalah komponen dan ahli PN tetapi kita masih belum menutup pintu perpaduan ummah (MN).

"PAS masih terbuka (untuk berbincang) kerana kita melihat kepentingan untuk ketiga-tiga parti (PAS , Umno dan Bersatu) untuk duduk bersama, 

"tetapi jika BN memutuskan untuk pergi secara solo, maka kita akan kekal bersama Bersatu dalam PN." kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan memberitahu pemberita demikian selepas program Himpunan Hijau 3.0 (H20K) di Pahang, minggu lalu. 

Bagaimanapun, sekiranya PAS dan Umno memutuskan untuk bekerjasama di bawah MN maka rangka kerja itu perlu diguna pakai di seluruh negara dan bukan sahaja di negeri-negeri tertentu.  

Ia mestilah secara keseluruhan, perlu melihat kerjasama kita daripada kerangka yang lebih besar dalam pilihan raya umum, bukannya bekerjasama atas sesuatu kawasan dan negeri sahaja.

Ia tidak akan memberi impak sekiranya, PAS dan Umno bermuafakat di Pahang tetapi bertanding antara satu sama lain di Kelantan dan Terengganu. 

Bagaimanapun, sekiranya Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno memutuskan untuk pergi secara solo, PAS akan turun ke medan perang pilihan raya bersama rakan Perikatan Nasional (PN).

Dilaporkan tahun lepas bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga naib presiden Umno, berkata beliau percaya negeri perlu diberi kebebasan jika mahu mengamalkan hubungan politik dengan MN, bergantung kepada kesesuaian di negeri masing-masing.  .

Walaupun tiada tempoh masa yang diberikan untuk Umno memutuskan kerjasama politik itu tetapi sekiranya PRU15 semakin hampir, PAS tidak akan menunggu.

Sebarang keputusan yang diambil bergantung kepada keadaan semasa ketika mana satu-satu tindakan itu dibuat ia tidak menjadi isu kerana PAS pernah mempunyai pengalaman bekerjasama dengan parti politik lain.

Sebagai contoh, di Kelantan, PAS pernah bekerjasama dengan Semangat 46, Berjasa (Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia) dan juga dalam Pakatan Harapan.

Senario itu dan sebab sesuatu itu adalah sangat penting kepada PAS untuk bekerja ke arah landasan perpaduan ummah. 

 Selain konteks politik, PAS melihat MN sebagai agenda yang lebih besar untuk penyatuan ummah.

Demi perpaduan ummah MN perlu dikekalkan walaupun bukan melalui kerjasama politik atau parti semasa pilihan raya tetapi sebagai platform untuk perpaduan kerana umat Melayu mempunyai banyak isu yang perlu dipertahankan bersama.

Dalam konteks politik, sebagai contoh, Umno memutuskan untuk pergi bertanding sendiri semasa pilihan raya negeri Melaka dan Johor dan nampaknya mereka mungkin akan pergi secara solo selepas PRU15. 

PAS sudah bersedia untuk menghadapi kesukaran itu. 

PAS sudah bersedia untuk bertanding dan akan meletakkan calon mereka bersama-sama daripada Bersatu dan Gerakan di bawah gabungan PN pada PRU15 jika Umno memutuskan untuk tidak bersama. 

Kerusi yang akan ditandingi PAS bergantung kepada perbincangan dalam PN dan PAS hanya akan memutuskan bilangan calon selepas perbincangan. 


Ulasan