PAS Tenang Pertahan Kemenangan


KUALA TERENGGANU – Dengan prestasi baik yang ditunjukkan oleh PAS mentadbir tiga buah negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah, menjadikan parti itu tenang dan bersedia untuk mempertahankan kemenangan, jika hendak dibandingkan dengan parti lain yang sekarang ini sedang berkecamuk.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, dengan tidak pernah dalam sejarah ada pemimpin PAS yang disabitkan dengan kes rasuah memudahkan gerakkman kempen untuk mempertahankan kemenangan di tiga buah negeri berkenaan.

“Kerana kita berpegang kepada prinsip Islam Tok Guru kita pun ajar orang beri dan makan rasuah akan masuk neraka, kita orang beriman ini yakin bahawa kehidupan kita bukan di dunia sahaja tetapi sampai akhirat.

“Prinsip yang kita amalkan ini universal semua orang tidak suka pada rasuah, dalam suasana sekarang ini PAS dan parti lain yang berada dalam Perikatan Nasional (PN) ‘rileks’ sahaja, sekarang ini yang minta cepat diadakan pilihanraya adalah Umno yang kini berada dalam keadaan tidak tenang dan berpecah.


“Satu team, Putrajaya satu lagi PWTC, yang mana satunya berpihak kepada kabinet dan satu lagi kluster mahkamah, hasrat hendak cepat pilihanraya dengan hasrat apabila mereka kembali berkuasa digunakan kuasa untuk melepaskan diri daripada isu-isu seperti itu,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvesyen Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Terengganu, 2022, di sini, pada Isnin 29 Ogos.

Katanya, kerana itu Umno begitu marah kepada Tuan Guru Presiden, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang termasuk bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tidak mahu mencampuri urusan mahkmah untuk memastikan mereka bebas daripada pertuduhan rasuah.

“Mereka pernah bawa fail berjumpa dengan pemimpin PN agar kes mereka itu tidak dibicarakan di mahkamah, namun Tuan Guru tegas, menyatakan bahawa isi berkenaan biar mahkamah selesaikan, kalau dikatakan tidak bersalah, baru dibebaskan. 

"Jika bersalah maka perlu menjalani hukuman,”tambah beliau.



Ulasan