KUALA TERENGGANU – Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kawasan Besut dinobatkan sebagai juara keseluruhan Sukan PASTi (SUKPA) peringkat Terengganu buat kali pertama sejak 25 tahun penganjuran.
Pengerusi Pasti Besut, Mohd Syamri Razak berkata, kejuaraan tersebut menjadi satu lakaran sejarah sepanjang beliau menguruskan kejohanan tersebut.
“Alhamdulillah kita (PASTI Besut) berjaya melakar satu memori berharga apabila berjaya menjadi johan keseluruhan SUKPA pada tahun ini.
“Terima kasih buat semua guru dan jurulatih, Insya-Allah kita akan taja sebuah bas untuk cikgu melancong sebagai ganjaran,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu, 30 Julai lalu.
Pada masa yang sama, PASTI Besut berjaya menjadi johan bagi acara bola jaring dan naib juara acara bola sepak.
Mohd Syamri turut berkata, sebalik kejuaraan tersebut, Pasti Besut pernah dibelasah teruk dalam acara bola jaring pada tahun 2008.
“Semasa kejohanan itu, saya terpaksa membuat keputusan untuk meminta pengadil menamatkan perlawanan awal bagi menjaga moral pasukan Besut.
“Cabaran ini diambil serius oleh pada guru, strategi yang disusun sehingga mampu bergelar juara,” ujarnya.
Ulasan