Pesara Diseru Agar Bekerjasama Dalam Pertahankan Kerajaan PAS


Oleh : Rohayati Ripin

BESUT – Muslimat PAS kawasan Besut menyeru kepada pesara negeri Terengganu agar sama-sama bekerjasama dalam mempertahankan kerajaan PAS yang memerintah pada hari ini.

Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan Besut, Ustazah Fadilah Syed Hamid berkata, PAS wajar  dikekalkan bagi memastikan nasib rakyat terus membela dan mempertahankan nasib dan kebajikan mereka.

“Alhamdulillah , program hari ini kita jemput guru-guru  pencen, guru kafa dan Al-Malak. 

“Kita ambill orang luar walaupun guru pencen dia duduk rumah tak bersama,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program Hi-Tea bersama penceramah bebas, Datuk Dr Norhafizah Musa di Manor Beach Resort, pada jumaat, 26 Ogos yang lalu.

Ustazah Fadilah Syed Hamid

Selain itu, program sebegini dapat mengikat silaturrahim  di antara satu sama lain dalam Jemaah Islam.

Justeru itu, beliau menyeru agar lain terus terjalin dan tak terhenti dalam program sahaja.

Sementara itu, muslimat  Besut sudah membuat persiapan rapi dan bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada bila-bila masa sahaja.

“Persiapan jentera setakat ini sederhana lagi dan berusaha  untuk memperkemaskan lagi gerak kerja melaksanakan  Pelan Teguh Pertahan   untuk hadapi PRU  akan datang.

“Pelancaran jentera untuk muslimat insya Allah akan diadakan akhir bulan sembilan,” katanya.  

Di samping itu, beliau menegaskan bahawa tetap mempertahankan kerusi PAS yang telah dimenangi di kawasan Besut.

“Kita akan kekal dengan PAS dan pertahankan  dun yang kita menang di Kota Putera. 

“Gerak kerja muslimat kita kena lebih kuat lagi untuk mempertahankan,” tambah Fadilah lagi.

Ulasan