Ratusan Anak Muda Banjiri Teluk Bidara


DUNGUN - Ratusan anak muda banjiri Pantai Teluk Bidara dalam Program Santai Merdeka anjuran Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang. 

Ketuanya, Ustaz Abdullah Fahim Husin sukacita dengan dengan semangat segar golongan muda yang hadir di luar jangkaan untuk sama-sama menyertai acara yang telah disusun. 

"Program sebegini diadakan untuk memupuk rasa sayang masyarakat kepada negara disamping tidak meminggirkan agama," katanya. 

Abdullah Fahim berkata demikian ketika dihubungi selepas program yang telah dirasmikan oleh Pengarah Majlis Tindakan DUN Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun diadakan di sini pada Sabtu 27 Ogos. 


Menurutnya, program djmulakan dengan praktikal mengambil air sembahyang  menggunakan air mineral dalam botol. 

"Kemudian menunaikan sembahyang Asar berjemaah selain itu slot tukar minyak hitam motosikal percuma, mengedarkan ais krim percuma, kuiz Merdeka dan cabutan bertuah," katanya mengulas program yang dianjurkan dengan kerjasama Ameerah DUN. 

Sementara itu, Cikgu Alias ketika berucap merasmikannya berharap supaya masyarakat terus bersatu hati menjaga keamanan negara. 

" Harapan saya supaya kita semua terus melaksanakan agenda islam dalam diri, keluarga dan masyarakat," ujarnya.

Ulasan