Serang Gaza Kempen Pilihan Raya Israel


Pengerusi Cinta Gaza Malaysia, Nadir An-Nuri berkata, Israel menggunakan serangan tersebut sebagai kempen politik pilihan rayanya. 

"Perdana Menteri Yair Lapid berkata perang tidak akan dihentikan dan akan berterusan keatas Gaza, 

"kononnya mensasarkan lokasi kumpulan Jihad Islami sahaja, sebaliknya mereka menyerang seluruh Gaza, 

"Israel akan menghadapi pilihan raya dan mereka mahu menunjukkan mereka jaguh dalam mempertahankan Israel dengan menyerang Gaza," kata beliau dalam siaran langsung melalui media sosial semalam.


Kementerian Kesihatan Palestin berkata lebih 200 orang telah cedera dan 24 orang terbunuh dalam peningkatan itu, antaranya seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, Alaa Qadoum, yang terbunuh oleh serangan udara pertama Israel pada hari Jumaat, dan dua wanita, berumur.  23 dan 79. Israel mengatakan kebanyakan mereka yang terbunuh adalah militan.

Lewat petang Sabtu, empat kanak-kanak adalah antara tujuh orang yang terbunuh dalam letupan di Jabaliya di utara Gaza, kata jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin Midhat Abbas. 

Smentara itu, serangan terbaru Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak kelmarin dikecam pelbagai pihak dan menggesa negara haram tersebut menghentikan pelanggaran itu dengan segera.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, dalam satu kenyataannya berkata, Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa untuk segera memberikan tekanan sepenuhnya kepada rejim Israel untuk menghentikan serta-merta pencabulan dan pencerobohannya terhadap rakyat Palestin.

"Kekejaman terbaru oleh Israel ini sememangnya mengabaikan undang-undang antarabangsa dan banyak prinsip kemanusiaan.

 “Komuniti antarabangsa mesti mengecam Israel atas serangan mementingkan diri sendiri, provokatif dan dasar apartheid terhadap hak asasi, kehidupan, mata pencarian dan maruah rakyat Palestin dari semua agama di tanah mereka sendiri." tegasnya.

Ulasan