24 Pasangan Diraikan


MARANG - Kerajaan PAS Terengganu meraikan seramai 24 pasangan muda dalam program walimatulUrus Perdana bagi tahun 2022.

Mereka dinikahkan di masjid Sultanah Nur Zahirah Marang dan diarak ke Dewan Majlis Daerah Marang.

Bendahari PAS Terengganu YBUstaz Mohd Noor Hamzah berkata "dengan menyediakan jumlah yang agak besar ini adalah kejayaan mengalukan pasangan muda mendirikan rumahtangga" 

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu berkata, selain memberi manfaat kepada anak muda, beliau berharap pasangan ini dapat mengemudi rumahtangga dengan baik.


"Selesaikanlah masalah rumahtangga dengan agama, suami dan juga isteri, solatlah." kata beliau pada 17 September 2022

Sementara itu Yang berbahagia Tuan Haji Rizan Rizan Pegawai Majlis Daerah Marang berkata "tahun 2022 ini 24 pasangan pengantin diraikan setelah kali pertama program ini diadakan pada tahun 2019."

"Perbanyakkanlah ilmu agama" katanya kepada pasangan mempelai itu. 

Majlis mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana telah menjayakan program ini.

Ulasan