KUALA TERENGGANU - Sekitar 27 kerusi Parlimen amat memerlukan persefahaman politik antara parti-parti melayu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 nanti.
Menurut Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Terengganu, Arifin Deraman kesemua kerusi tersebut dapat diselamatkan melalui rundingan politik antara UMNO/BN dan Perikatan Nasional (PN) daripada dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH).
‘Kalaulah tidak berlaku persefahaman dalam PRU 15 akan datang, sebagai contoh UMNO ingin terus bersendirian, tidak boleh bersama dengan PN dan tidak mahu bersama PH, maka kerusi ‘panas’ ini berkemungkinan akan di tandingi lebih dari dua penjuru.’
‘Jika ini berlaku, kerusi-kerusi tersebut berada dalam keadaan tidak selamat dan besar kemungkinan PH boleh menang.’ ujarnya baru-baru ini.
Justeru, Arifin yakin perbincangan dan rundingan kerusi perlu diteruskan antara MN, UMNO dan PN bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru supaya kemenangan PH dapat dinafikan.
Kegagalan pemerintahan 22 bulan PH pada PRU 14 dahulu
terutama dalam menagani isu-isu yang berkait dengan orang melayu,mengadai
perinsip Islam serta janji palsu manifestonya masih segar di minda rakyat.
Ulasan