KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu akan akur dengan apa jua keputusan yang dibuat diperingkat pusat buat masa ini dan masih berbaik dengan Umno.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu , YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, bila ditegaskan untuk meneruskan inisiatif Muafakat Nasional (MN) maka di peringkat negeri patuh pada arahan tersebut.
"Walaupun beberapa kali Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Ahmad Said empat hingga lima kali menyatakan dari awal akan lawan PAS dan mengatakan tiada hubungan dengan kita menerusi kenyataan di akhbar, media massa, media sosial dan sebagainya.
"Diusik dengan demikian kita teruskan walau marah macammana sekalipun...Kita masih tahan.
"Keistimewaan orang PAS memiliki sifat taat dan patuh dengan apa jua yang cuba diprovok dengan kita bertahan, sehingga akhirnya pimpinan buat keputusan yang jelas kalau diminta bertahan, kita akan bertahan, kalau kata lawan, kita akan lawan ," jelasnya.
Beliau berkata demikian dalsm program Bicara Isu Semasa, disiarkan secara langsung melalui media sosial di sini, semalam.
Dalam pada itu katanya, kerajaan PAS Terengganu telah menyelesaikan banyak masalah ditinggalkan oleh kerajaan UMNO dahulu.
"Sejak 2018 mana-mana dasar, projek dan program kerajaan dahulu jika didapati ia merupakan sesuatu yang baik maka akan diteruskan walaupun pernah diberi teguran serta kritikan sebelum ini.
"Takkan kita nak runtuhkan balik, nak padamkan semua projek kalau buat begitu maka akan tambah kerugian.
"Mana-mana yang baik, perlu dibaiki dan diubah maka kita lakukan dengan cara tidak rugikan kerajaan kalah boleh dikekalkan dan lakukan pembaharuan tanpa mendatangkan kerugian," katanya.
Ulasan