DHPP Mahu Bina Kekuatan Melalui Usrah


ALOR SETAR - Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) mahu membina kekuatan melalui 'usrah' sebagaimana kelaziman parti selama ini bagi mentarbiah dan memperkuatkan ahli.

Ketua DHPP, Balasubramaniam Nachiappan berkata, pihak pimpinan PAS perlu mewujudkan satu modul khas.

"Bagi menghasilkan kekuatan ahli DHPP di semua peringkat agar dapat mengharungi setiap cabaran yang sudah tentu setiap ujian bertambah tinggi dan mencabar 

"Sudah tentu keadaan ketika menjadi pembangkang tidak sama ketika menjadi sebuah kerajaan.

"Inilah sebagaimana yang disebutkan dalam hadis akan sampai satu ketika terasa sangat berat menjaga agama dan orang yang berteguh kepada Islam seperti menggenggam bara api," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-68, Kompleks PAS Kedah, di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau turut menegur PAS Terengganu kerana wakil As-Sabiqun ada menyebut masih terdapat cawangan PAS di Terengganu yang tidak mengadakan usrah.

"(Sedangkan) usrah adalah (rahsia) kekuatan PAS semalam ini berdasarkan tiga rukun utama, 'Taaruf', ' Tafaquh' dan 'Tafahum' ," tegasnya lagi.

Ulasan