Gabung Jalin Semua Pihak Tawan Hati Pengundi Muda


ALOR SETAR - Gabung jalin semua pihak dalam Parti Islam Se-Malaysia  (PAS) perlu digarap untuk menawan hati pengundi muda  dalam usaha parti itu untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT), Zuraida Md Noor berkata ianya bukan hanya tugasan Pemuda, Ameerah dan Muslimat sahaja.

"Apa sahaja agenda yang melibatkan pengundi muda   perlu ada gabung jalin antara Muslimat, Pemuda, Ameerah, PAS Kawasan dan Cawangan untuk memberi pendidikan politik kepada mereka, dan untuk memastikan anak-anak muda turun mengundi untuk memilih pemerintah. " jelasnya. .

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Ucapan Dasar Presiden PAS yang bertema ' Malaysia Sejahtera' sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-68 di Kompleks PAS Kedah, di sini.

Menurutnya, gabung Jalin ini juga untuk memastikan golongan tersebut memberi kepercayaan kepada PAS. 

"Jadi PAS kena buktikan bagaimana untuk meletakkan calon-calon orang muda dan wanita memandangkan pengundi sasaran itu merupakan penentu kemenangan pilihan raya," ujarnya.

Ulasan