Institusi Keluarga Generasi Penyatuan Ummah


SIK - Institusi keluarga memainkan peranan besar dalam proses pembentukan generasi yang memahami agenda enyatuan ummah sejak seawal usia.

Ketua Muslimat Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata,  kaum wanitalah yang  memainkan peranan utama dalam menjayakan agenda ini menerusi gerakan penyatuan jiwa-jiwa dalam setiap keluarga masing-masing di atas dasar ketakwaan.

"Ia memerlukan didikan agama dan kesedaran mendalam terhadap tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah dan menginsafi peranan masing-masing dalam membangunkan bersama Negara yang sejahtera.," jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam ucap utamanya di Muktamar Tahunan Muslimat PAS Malaysia kali ke 62 di Dewan Al-Hana di sini pada 2 September.


Tambahnya lagi, dalam  berdepan dengan pelbagai ujian, pembentukan sebuah keluarga, kaum wanita tidak boleh dibiarkan bersendirian mengharungi krisis kehidupan dewasa ini. 

"Kita menyeru semua golongan lelaki khususnya para suami dan bapa membangunkan keperibadian 'Qawwam' yang memiliki jati diri sebagai pemimpin keluarga.

"Menjadi tempat pelindung dan menyediakan sistem sokongan yang kondusif kepada golongan wanita agar sama-sama membina Keluarga Sejahtera, "katanya lagi. 

Menurutnya, seluruh ahli keluarga perlu menyedari anasir-anasir jahat yang cuba menggegar tiang seri rumah tangga. 


"kerana, apabila institusi keluarga ini berjaya dilemahkan, maka akan lemahlah Penyatuan Ummah di peringkat Negara,

"Dan akan musnahlah segala usaha membawa Negara ke gerbang kejayaan," ujarnya.

Maka, beliau menambahnya lagi, tenaga kaum lelaki dan wanita perlu digembleng semaksimum yang mungkin. 

" Agar institusi keluarga mampu menjadi benteng dari segala anasir yang boleh menghancurkan umat dari dalam dan luar, " tambahnya lagi.

Ulasan