Jentera PAS Bersedia Sepenuhnya


KUALA NERUS - Kehadiran ramai program Pra Himpunan Teguh Pertahan membuktikan bahawa PAS Terengganu telah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15, cuma menunggu tarikhnya sahaja.

Timbalan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keseluruhan jentera PASs di semenanjung dan beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak telah pun bersedia.

"Ini dah kira 'gear' akhir akhir dah ' ready' sepenuhnya dari segi jentera, mereka sebenarnya dari pelancaran (jentera pilihanraya) di Muktamar Kedah baru-baru ini balik terus melaksanakan gerak kerja di cawangan-cawangan dan kawasan seluruh negara.

"Di Terengganu kita ada lapan kawasan, 32 DUN dah bersedia sepenuhnya," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang medianya, di  program Pra Himpunan Teguh Pertahan dan Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Negeri Terengganu, di Dataran Kompleks Sukan Kuala Nerus, di sini, pada Khamis.

Mengenai calon katanya ia belum dimuktamadkan lagi oleh PAS.

"Buat masa ini kita masih belum memutuskan calon cuma kita ada jawatankuasa perundingan kerusi di peringkat Perikatan Nasional (PN).

"Dalam muktamar baru-baru ini dewan-dewan minta supaya mereka dapat kuota yang agak besar, yang lebih

"Pemuda minta 30 peratus, muslimat (begitu juga) insya-Allah kita berikan komitmen untuk laksanakan kuota tersebut dan cuma siapa calon itu parti akan putus kemudian, " tegasnya.

Pada peringkat awal, menurut Dato' Seri Tuan Ibrahim lebih memberikan tumpuan kepada persiapan jentera dan fokus kepadae pengagihan kerusi diantara PAS dan rakan dalam PN.

"Saya rasa dalam PN ini kita muda untuk selesaikan masalah kerusi, kita yakin dalam dua tiga kali mesyuarat akan boleh diselesaikan, insya-Allah.

"Manifesto bersama kita dah cuba 'draft', jawatankuasa manifesto dah diwujudkan untuk merangka dasar-dasar utama.

"Tumpuan utama kita ialah pemulihan ekonomi negara, yang kedua kita akui isu perubahan iklim ada kesan langsung kepada negara jadi kita beri keutamaan soal kebajikan rakyat dan kita tengok isu yang menjadi keutamaan (juga) dalam konteks ini ialah sebuah negara berintegriti tinggi yang bebas rasuah dan menjamin keadilan kepada semua rakyat di Malaysia, " ujarnya lagi.

Ulasan