Kebangkitan Anak Muda Pertahan Terengganu


ALOR SETAR – Kesedaran dalam kalangan anak muda  khususnya golongan mahasiswa membangkitkan semangat, sedia untuk mempertahankan kemenangan PAS di Terengganu. 

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), Mohd Harun Esa berkata, ia memberi signal jelas bahawa parti ini semakin mendapat tempat di kalangan pengundi baru.

Katanya, situasi itu menunjukkan kelompok yang akan menjadi penentu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 semakin memahami apa yang PAS perjuangkan.

“Mereka mempunyai kualiti dan kesedaran yang jelas walaupun mereka sedar banyak tekanan, cabaran yang akan terpaksa mereka lalui, namun mereka berazam untuk terus bersama PAS.

“Generasi ini semakin bertambah dan mereka akan membantu perjuangan membela rakyat, kita menyeru agar anak muda yang ingin bersama dengan perjuangan ini, Ayuh berjuang bersama PAS,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui bagi mengulas tema Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia yang sedang berlangsung di sini. 

Tegasnya, sebaik pulang dari muktamar ini, DPPNT akan bersiap sepenuhnya, bersiap siaga menghadapi apa jua situasi politik dan dakwah di Darul Iman. 

“Kita yakin, in shaaAllah tidak ada masalah untuk kita mempertahankan kemenangan ini kerana jelas sepanjang pentadbiran, 

"kita telah dapat melaksanakan kewajipan dengan baik, segala janji dapat dipenuhi malah limpahan khidmat yang tidak dijanji juga turut diberi,”ujarnya.

Beliau berkata, bahang PRU15 kian panas dan dengan penuh keyakinan gerakan anak muda dapat dirasai di seluruh negara.

“Kerana itu PAS tidaka akan mengekalkan kemenangan di Terengganu sahaja, tetapi akan ada berlaku pertambahan negeri yang akan dimenangi,”katanya.

Ulasan