Kerajaan PAS Agih 437 Lot RTB


Oleh : Mohd Fauzi Mat Adam

MARANG - Kerajaan PAS Trengganu telah mengagihkan sebanyak 437 lot Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) perumahan dan pertanian kepada penduduk Dewan Undangan Negeriv(DUN) Pengkalan Berangan. 

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD), YBUstaz Sulaiman Sulong berkata, agihan suratan hak milik tanah dan borang 5A tersebut melibatkan penduduk yang layak menerima di lima kawasan.

"Ada yang sudah mendapat geran, iaitu 150 lot di Gong Che Lah, borang 5A 72 lot di Serating, Felcra Limau Nipis 94 lot, Tok Jamal dan Durian Pahit 19 lot dan di luar majlis seramai 102 orang menerima borang RTB bagi kawasan Banggol Che Yah.


"Tahniah kepada semua penerima dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

"Sama ada yang bekerja di belakang tabir mahupun yang terlibat secara langsung," ujarnya ketika dihubungi semalam. 

Katanya, majlis tersebut telah disempurnakan oleh  Menteri Besar Terengganu, YAB Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Dewan Sivik Mercang di sini, pada 30 Ogos lalu.

Menurut Ustaz Sulaiman, ia salah satu daripada 20 manisfesto kerajaan PAS Terengganu, mengagihkan tanah RTB, tapak rumah kediaman dan tanah pertanian kepada mereka yang berhak serta layak memilikinya. 

"Kita doakan supaya penerima-penerima tapak lot rumah ini dapat membina rumah masing-masing untuk kediaman yang lebih sejahtera," jelasnya lagi.

Ulasan