Manfaatkan Studio Semaksima Mungkin

 


Oleh: Pyang Mamat

KEMAMAN - Bersesuaian dengan perkembangan maklumat yang diperlukan kini, studio merupakan salah satu medium untuk menyalurkan maklumat parti kepada masyarakat melalui media sosial.

"Jadi studio ini perlu digunakan sepenuhnya bagi menjelaskan segala isu dan mengutarakan perkara yang telah dilakukan oleh kerajaan sekarang ini," ucap Ustaz Che Alias Hamid.

Yang Dipertua Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Kemaman itu berkata demikian ketika berucap merasmikan Studio PAS Kawasan Kemaman di Wisma Purnama, Cukai pada 20 September lalu.

"Kalau kita lihat, semua parti sanggup berbelanja besar untuk mewujudkan platform ini bagi menyalurkan maklumat yang sepatutnya apatah lagi pilihanraya umum yang ke 15 sudah semakin hampir," ujar beliau.


Pada masa yang sama, Ketua Penerangan PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Ramlan Mahmood berkata akan mempergiatkan aktiviti studio tersebut kepada setiap sayap parti.

"InsyAllah kita akan merancangkan dan mengadakan segmen menarik yang akan diisi oleh jentera parti samada Pemuda, Ameerah dan Muslimat bagi ditonton oleh masyarakat secara maya.

"Kita lihat masyarakat sekarang menggilai media sosial yang ada samada TikTok, Facebook dan sebagainya. Ini merupakan peluang kita untuk memberi kesan yang baik kepada masyarakat," ucapnya.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Unit IT PAS Kawasan Kemaman yang bertungkus lumus dalam menyiapkan studio tersebut

Ulasan