Muktamar PAS Pusat Ke-68 Membuka Tirai


ALOR SETAR - Muktamar PAS Pusat kali ke 68 yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah, membuka tirainya pada Sabtu, 3 September 2022 dengan majlis memeriksa barisan Jabatan Amal Malaysia (JAM) oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di perkarangan kompleks.

Selanjutnya perarakan masuk ke dewan utama, dif-dif terhormat mengiringi Mursyidul Am, Ustaz Hashim Jasin, Presiden PAS, Timbalan Presiden, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib-Naib Presiden.

Nyanyian lagu kebangsaan, lagu PAS, berkumandang di dewan utama oleh semua perwakilan, bersama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan juga pemerhati dengan penuh semangat sekali, mebayangkan semangat yang membara, setelah beberapa kali Muktamar secara normal, tidak dapat diadakan.

Bagi mendapatkan keberkatan, bacaan doa yang penuh syahdu, dibacakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr. Nik Zawawi Haji Salleh, sesuai dengan pesan Rasulullah doa itu ialah otak ibadat.

Bacaan ayat-ayat suci al-Quran juga adalah acara wajib pembukaan Muktamar tanpa gagal, kali ini dilagukan oleh seorang qari cilik.

Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Muktamar iaitu Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan sebagai menyambut semua AJK PAS Pusat dan juga perwakilan serta pemerhati yang datang dari seluruh pelusuk negara yang diingatkan sebagai Muktamar terakhir sebelum PRU 15.

Semua hadirin sekarang sedang mendengar ucapan dasar Muktamar PAS Pusat ke 68 oleh Presiden PAS.

Ulasan