Muslimat Tepati Kriteria Calon Boleh Menang


ALOR SETAR - Dewan Muslimat PAS menyakini calon dari kalangan wanita menepati kriteria calon boleh menang dan diterima.

Ketuanya, Senator' Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, keyakinan itu ternyata berasas kerana sebahagian besar jumlah pengundi merupakan wanita.

"Mereka telah melebihi separuh daripada pengundi di setiap kawasan (diharap) akan bertambah calon muslimat itu sendiri.

"Kalau dilihat pada Pilihan Raya Umum (PRU)Ke-14 yang lalu telah bertanding dan boleh dilihat mana yang telah hilang deposit dan tidak hilang deposit (dibandingkan calon muslimin).

"Jadi apabila disebut wanita, maka semestinya calon yang boleh menang," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-68, di Kompleks PAS Kedah, di sini, hari ini.

Dalam pada itu katanya, pimpinan perlu membantu memperkasakan dewan muslimat melalui ahli jawatankuasa lelaki.

"Kita (juga) memohon pihak muslimin dapat memberikan perhatian untuk memperkasakan peranan dan digerakkan.

"Juga para muslimin (suami) sudah tentu mempunyai muslimat( isteri) dan anak-anak perempuan dalam rumah itu sendiri juga perlu digerakkan bagi menjadi ahli Dewan Muslimat PAS, "ujarnya.

Ulasan