PAS Berintegriti Berbanding Parti Lain


DUNGUN - PAS dilihat  lebih berintegriti dan terbukti  berbanding parti-parti lain yang ada dalam negara  

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), Ustaz Harun Mohd Esa berkata kebanyakkan hanya bercakap semata-mata.

"Berkenaan integriti PAS paling layak untuk membicarakan tentang  perkara ini, kerana yang lain mereka hanya sekadar bercakap mengenainya tetapi di belakang mereka pikul ratusan kes yang melibatkan integriti mereka langgar," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Ceramah Teguh Pertahan, sempena jelajah Treler, di dataran Sura, Arena Merdeka, di sini, pada 21 September.

Tegasnya, dengan dasar pemerintahan yang dilakukan oleh kerajaan PAS Terengganu dengan mengamalkan nilai-nilai murni dalam pentadbiran telah menyenangkan semua pihak.

"Dalam semua aspek PAS berjaya mengurus dengan baik, malah tidak mengamalkan politik balas dendam sehingga mengembirakan kakitangan-kakitangan kerajaan yang berkhidmat di negeri ini.



Ulasan