PAS Berupaya Pulihkan Kembali Ekonomi Orang Melayu


DUNGUN -PAS berupaya untuk memulihkan kembali ekonomi orang melayu yang kini berada jauh di belakang jika parti itu berjaya mengekalkan kemenanganl dalam Pilihan Raya Umum ke 15(PRU15) .

Yang DiPertua PAS (YDP) Kawasan Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, selama ini walaupun pemimpin Melayu yang memerintah tetapi telah mengakibatkan bangsa sendiri semakin mundur walaupun telah lama memerintah.

"Dalam kajian yang dibuat kita bukan lagi berada di tempat kedua, tetapi yang ketiga selepas bangsa cina, India.

"Sebab itu untuk baik pulih kembali, kita mesti kembali kepada pemerintahan Islam yang dibawa oleh PAS untuk terus menerajui negeri-negeri ataupun bersama Perikatan Nasional dalam kerajaan persekutuan dan menjalankan kaedah pemerintahan yang adil, telus, amanah dan berintegriti," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Program Ceramah Teguh Pertahan, sempena Jelajah Treler, di Dataran Sura, Arena Merdeka, pada Rabu 21 September.

Dalam pada itu beliau turut  mengharapkan jentera PAS Dungun berkerja kuat mempertahankan kemenangan.

"Kita tidak akan lepaskan Parlimen Dungun melainkan PAS akan terus memenanginya begitu juga dengan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka, Rantau Abang dan Insya-Allah dengan izin Allah DUN Bukit Besi kita akan tawan.

"Sudah tentu kita ingin mempertahankan negeri Terengganu, termasuk Kedah dan Kelantan supaya kita meletakkan asas Islam menunjukkan contoh kepimpinan yang baik berkonsepkan Islam," ujarnya lagi

Ulasan