18 September 2022

PAS rasmi projek hok Umno buat!


Oleh : Dr Azman Ibrahim

Minta maaf deh, ambe nak perbetulkan ungkapan yang kedengaran banyak diratib dalam ceramah-ceramah loni. 

Kalau nak lebih tepat, kerajaan sekarang rasmi projek yang dibuat kerajaan lepas. Kalau nak suruh ada jugok nama Umno dan PAS boleh guna ayat, Kerajaan PAS rasmi projek tinggalan Kerajaan Umno. 

Memang kita akui beberapa projek seperti Jambatan Angkat Kuala Terengganu dibina zaman kerajaan sesi lepas tapi belum siap. Akhirnya siap pada tahun 2019. Duitnya ialah duit kerajaan, bukan duit Umno atau PAS. 

Nak tanya sikit, apa yang patut kita buat dengan projek ini bila kerajaan bertukar? Yang ambe faham ialah kita perlu siapkan dan rasmikan supaya rakyat boleh guna. Itu sahaja. Kalau ada cadangan lain boleh tolong cadangkan.

Sebagaimana hutang tinggalan Kerajaan Umno dulu, Kerajaan PAS ambik tanggungjawab bayarkan 600j sebab itu bukan hutang Umno tapi hutang kerajaan. Pitih hutang itu untuk buat projek manfaat bagi rakyat dan bukannya untuk Umno. Sifirnya sangat mudah difahami. 

Di Jabi, ada Hentian R&R Jabi yang belum siap dibina zaman Kerajaan Umno. InsyaAllah akan disiapkan dan beroperasi dalam masa terdekat. Namanya kekal R&R JABI. Kita tak ubah pun dan tak berhajat nak claim apa-apa kredit. Hanya tanggungjawab kita sebagai kerajaan untuk menyiapkannya. Kekgi ada pulop timbul isu, PAS rasmi R&R hok Umno buat!

Tiada ulasan:

Akur Arahan, PAS Terengganu Teruskan MN

KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu akan akur dengan apa jua keputusan yang dibuat diperingkat pusat buat masa ini dan masih berbaik dengan Um...