Pastikan Umno Kalah Untuk Kestabilan


ALOR SETAR - Wakil tuan rumah, Pemuda Kedah, Mohammad Saifuddin Hassan memberikan dua formula yang sangat berkesan bagi menjamin kestabilan sesebuah pemerintahan negeri, sebagaimana yang berjaya dilakukan di Kedah. 

"Kerajaan Kedah stabil kerana Umno kalah, jadi untuk stabilkan kerajaan, pastikan Umno kalah di tempat anda.

"Kedua, hubungan yang baik pimpinan di peringkat negeri akan menghasilkan natijah yang baik kepada kerajaan negeri," terang beliau kepada perwakilan, dalam ucapan penggulungan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

Beliau juga membuat permohanan maaf kepada semua perwakilan muktamar kerana isu berkaitan dengan ketiadaan bendera yang dipasang di lokasi muktamar berlangsung.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya DPPM itu mengakui kekhilafan dan menanggap sebagai berjiwa besar jika mengaku salah, beliau berharap semua perwakilan memaafkan Pemuda PAS Kedah.

"Semalam, Timbalan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, menegur urusetia Muktamar DPPM tentang ketiadaan bendera PAS sebagai lambang syiar perjuangan." sindir beliau.

Menurutnya, inilah kali pertama beliau menyaksikan ketiadaan bendera dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Muktamar Dewan Pemuda PAS berlangsung selama dua hari dari 1-2 September di Hotel Raia, Alor Star, Kedah.

Ulasan