PN, BN Perlu Berunding, MN Tak Bubar


ALOR SETAR - Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) perlu duduk berunding soal pembahgaian kerusi bagi mengelakkan pertembungan yang merugikan parti kerajaan.

Timbalan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS melihat ada beberapa perkara yang perlu semua parti berkenaan untuk duduk berunding bersama bagi mengatasi masalah tersebut.

"Sebagai contoh, kalau kita nak tawan Selangor, saya fikir PN dan BN perlu duduk bersama membincang soal pembahagian kerusi," katanya ketika bercakap kepada pemberita di Sidang Media sempena Perasmian Muktamar Pemuda PAS Malaysia ke 63 di sebua hotel di sini hari ini.

Menurutnya ada 27 kerusi parlimen di seluruh negara yang agak kritikal sekiranya parti-parti kerajaan  bertembung. 

"Itupun terpulang kepada (semua pihak berkenaan), PAS terbuka dalam hal ini untuk melihat jauh ke depan bagi menjaga kepentingan tersebut.

"27 kerusi yang kita rasa apabila bertembung kedua-dua parti  akan rugi (kalah), PN pun rugi BN pun rugi," jelasnya. 

Katanya, dari segi pilihan raya PAs sudah bersedia pada bila-bila masa untuk berdepan dengan PRU15.

Ini kerana katanya, PAS dengan tegas masih mendokong perpaduan ummah sebagai teras muafakat politik sebagaimana disebut Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

"Bagaimana pun setalat ini tiada perundingan kerusi dibuat dengan BN cuma hubungan kita dalam kontek mendokong Kerajaan Persekutunan (membabitkan BN).

"Sebab yang mendokongan kerajaan sekarang melibatkan semua parti kerajaan termasuk UMNO, Bersatu, PAS dan lain-lain," jelasnya lagi.


MN Tidak Pernah Dibubar

Sementara itu, beliau menegaskan, PAS dan UMNO perlu mengekalkan Muafakat Nasional (MN) kerana tiada pengisytiharan dibuat secara rasmi mengenai pembubaran muafakat tersebut.

Katanya, sehingga hari ini tidak ada pengisytiharan sama ada UMNO dan PAS bahawa MN telah dibubarkan dan ia perlu dikekalkan bagi kelangsungan perpaduan Ummah dan survival politik orang Melayu Islam.

"Bagi kita (PAS), kita perlu mengekalkan 'platform' ini bagi kepentingan Melyu dan Islam bagi masa depan negara," jelasnya.

Menurutnya, walaupun bukan dalam kontek politik, banyak isu yang perlu UMNO dan PAS berbincang dan menyelesaikannya secara bersama.

"'Platform' (perbincangan) itu kena ada, kalau dalam pilihan raya, UMNO membuat keputusan (tidak mahu bekerjsama dengan PAS) itu terserah kepada parti berkenaan, sekiranya kita terpaksa lawan, maka PAS bersedia hadapinya," ujarnya.


 

Ulasan