02 September 2022

Satu Lagi Penipuan Umno Terengganu


 DUNGUN - Umno Terengganu meneruskan taktik murahan menipu rakyat dengan menyebar video fitnah semata-mata untuk merampas kuasa pentadbiran negeri daripada PAS. 

Yang terbaru, video berdurasi 31 saat yang memaparkan seorang yang mendakwa sebagai pengundi Parti Islam Se-Malaysia (PAS)  yang tinggal di Kampung Kuala Abang akan beralih, mengundi Barisan Nasional(BN). 

Sebaliknya, Ketua Cawangan PAS Cawangan Kuala Abang, Johan Ahmad berkata beliau langsung tidak mengenali individu terbabit. 

"Ambe kenal rakyat ambe....dia ni bukan orang kuala abang....tubik kot cerok mane tau...." katanya ketika dihubungi semalam. 

Manakala Ketua PAS Cawangan Rhu Batil, Adnan Ahmad mengakui individu tersebut adalah penyokong kuat Umno yang tinggal di kampungnya.

"Dia bukan orang sini, tapi berkahwin dengan orang sini, keluarga isterinya adalah penyokong kuat Umno," katanya yang kecewa dengan taktik murahan Umno yang ingin meraih undi.

Tiada ulasan:

Akur Arahan, PAS Terengganu Teruskan MN

KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu akan akur dengan apa jua keputusan yang dibuat diperingkat pusat buat masa ini dan masih berbaik dengan Um...