Sedaya Upaya Penuhi Kehendak Rakyat

 

Turun menziarahi Chik binti Mohamad, di Kampung Beladau Selat yang di uji terkena penyakit strok

Semoga Allah SWT mengurniakan afiat kepada beliau.
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

MARANG - Kepimpinan negeri Terengganu dengan tema, Terengganu, maju, berkat, sejahtera cuba sedaya upaya memenuhi kehendak dan menggembirakan rakyat.

ADUN PAS Alor Limbat, Ustaz Ariffin Deraman berkata, kerajaan menyediakan I- fitri untuk golongan keluarga, pencen rakyat RM600, Lesen Motosikal, I-bantuan untuk ibu tinggal dan orang kelainan upaya (OKU).

"Manakala i-belia dan mahasiswa akan diberikan nanti. Kira-kira kos memperuntukkan jumlah lebih 100 ribu. Selain bantuan untuk pelajar sekolah bagi keluarga yang layak diperuntukkan sebanyak 7 juta.

“Pembahagian bantuan yang diberikan langsung tidak mengambil kira unsur politik rakyat,” tegasnya.

Beliau yang dihubungi turut berkata " sekarang kita dalam melaksanakan projek penambahbaikan pemasangan paip air yang dalam fasa pengorekan. 

“Namun, ada beberapa jalan yang tidak ok. Jadi mohon untuk rakyat bersabar sebab tiada cara lain selain cara yang dilaksanakan ini." Terang beliau dengan panjang lebar dalam siaran langsung Apa Khabar YB.

"Ada banyak agenda Pembangunan untuk rakyat yang kerajaan negeri laksanakan." Katanya bagi mengakhiri slot tersebut pada pagi itu.


Ulasan