Serang PH!


ALOR SETAR - PAS  tidak boleh lagi berada  dalam defensif  tetapi kena bawa mode ofensif untuk menyerang DAP dan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ir, Khairil Nizam Khirudin berkata, beliau mengisytiharkan serangan kepada musuh PAS dimulakan.

"Sokongan dari negeri-negeri dan dewan-dewan amat perlu dalam mempertahankan parti dari serangan musuh yang mana beliau mahukan ‘mode’ menyerang kerana hampir kepada PRU.

"Penerangan sudah menubuhkan pasukan yang membincangkan untuk mengadakan bank isu, maklumat-maklumat untuk sebaran kepada ahli dan bukan ahli," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam penggulungan mewakili Lajnah Penerangan pada program Muktamar Tahunan PAS kali ke 68 di Kompleks PAS Kedah, pada hari ini.

Menurutnya, antara cabaran besar dihadapi ialah PAS tidak ada dana yang banyak.

"Dalam era moden, parti mesti menang dalam perang siber, maka mujahid siber, mesti dibayar gaji mereka supaya penerangan menjadi lebih berkesan.

"Kerana penumpuan kerja mereka kepada penyebaran maklumat sepenuh masa," tegasnya.

Justeru itu, Perhubungan setiap negeri diminta agar dana bagi jabatan penerangan tidak dijadikan isu utama sekarang ini.

"Tidak disekat kehendak belanja mereka bagi penerangan yang lebih berkesan.


"Cara lama penyebaran seperti akhbar Harakah, mesti dikekalkan sebagai menyasarkan kepada rakyat yang kurang menerima pendedahan teknologi," katanya.


Beliau menambah, isu paling kuat pada PAS dan tiada pada parti lain ialah isu intergeriti.

Ulasan