Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS Kuala Nerus sedang giat bersiap sedia untuk hadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dengan menyusun jentera agensi dan lujnahnya; pilihan raya, Ameerah, penerangan dan kebajikan.
Ketuanya, Ustazah Tuan Roslina Tuan Sulaiaman berkata, anggotanya turut mengambil inisiatif drastik untuk mendapat sokongan daripada para pengundi kali pertama.
“Terus berkerja meraih pengundi untuk mengundi PAS dan tak perlu gusar dengan kenyataan yang di buat oleh Umno.
“Persiapan 80 peratus, kita sudah bersedia untuk pilihan raya umum (PRU) bila-bila masa sahaja dalam masa setahun dan kita telah melaksanakan gerak kerja ke arah itu,” jelasnya.
Beliau yang juga Timbalan Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu (DMPNT) berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program Liqa’ Naqibat Terengganu di Permai Hotel, di sini, pada 29 Ogos, Isnin lalu.
Menurutnya, pelbagai program telah disusun atur oleh muslimat muda untuk menyantuni para pengundi 18 tahun.
“Kita telah mengarahkan Ameerah mengira betul-betul bilangan yang ada pengundi pertama dan menyantuni semua dengan pelbagai cara,” jelasnya.
“Pelbagai cara yang diadakan program seperti mendaki, santuni mereka hadiah hari lahir dan bawa mereja ke majlis hi-tea serta makan angin.
“Alhamdulillah setakat ini sangat baik, mereka sangat teruja dengan kita bersama mereka samada dari segi kita bawa mereka jalan-jalan dan bagi hadiah,” ujar Roslina.
Sementara itu, kata beliau, program Liqa’ Naqibat diadakan bertujuan menyelaraskan pengisian usrah di semua peringkat di kawasan, DUN dan cawangan
“Jadi kita bentangkan teks dan buku yang perlu dirujuk dan apa yang perlu dibincang majlis usrah . kita buat secara terperinci supaya semua kawasan dapat melaksanakan usrah dengan cara yang sama.
“Dan mendapat fikrah sama serta mendapat fikrah yang sama , perbincangan yang sama , perbincangan dari sedi hadis, al-Quran, sirah, fikrah semua sama,” kata beliau.
Beliau menambah, daripada aktiviti usrah tersebut dapat melahirkan ahli PAS yang memiliki fikrah seiring antara satu sama
“Sasaran para naqibat setiap dun terdiri muslimat dan ameerah
“Usaha menjayakan usrah yang sepatutnya diadakan satu kali sebulan sebelebihnya dari tu lagi baik, dua kali sebulan, tiga kali atau empat kali sebulan sebagai pengisan rohani kita,” tambahnya.
Justeru itu, beliau menyeru para naqibat agar dapat melaksanakan sebagaiman yang telah dibentangkan di peringkat masing-masing mengikut silibus yang ditentukan.
Ulasan