Umno Tak Sokong MN? Tunggu Parlimen Bubar


DUNGUN- Untuk mengetahui samada Umno menyokong Muafakat Nasional(MN) atau sebaliknya, tunggu apabila  Parlimen dibubarkan  untuk Pilihan Raya Umum ke-15(PRU15) diadakan nanti.

Itu jawapan yang diberikan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. 

"Tetapi bila Pilihan Raya akan diadakan bila, belum ada tarikh lagi kerana kabinet lebih memberi keutamaan risiko berlakunya banjir dan persiapan untuk menghadapi banjir," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita di Sidang Media selepas Pelancaran Projek Pemuliharaan Muara Sungai Dungun di Dewan Sivik Bijangga, di sini pada 22 September.

Beliau turut menafikan PAS telah memecah belahkan parti tersebut ekoran berlakunya ada ahli Umno menolak MN. dan sebaliknya. 

"Memandangkan keputusan untuk MN adalah keputusan parti dan PAS tidak membuat keputusan bagi pihak Umno," 


"Dalam isu pembahagian kerusi, kita mengakui ada 27 kerusi Parlimen yang berisiko jika berlakunya perlawanan(tiga penjuru), dua-dua tak menang, yang akan menangnya PH, 


" 27 kerusi ini, kita letak 100 pun, kalah jadi abu, menang jadi arang, jadi kita akan duduk elok - elok berbincang," katanya.

Ulasan