81 Peserta Terkilan RTB Terima Borang 5A


DUNGUN - Setelah hak mereka dirampas oleh kerajaan Umno lebih 20 tahun lalu, akhirnya  81 orang peserta terkilan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Padang Pulut, menerima Borang 5A tapak rumah Pinang Stesen. 

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD)  Rantau Abang,  YB Cikgu Alias Harun mengucapkan terima kasih kepada kerajaan PAS atas usaha bersungguh-sungguh melaksanakan Manisfesto Pilihan Raya Umum ke-14.

"Jadi hargailah usaha kerajaan ini dan bayarlah premium tanah supaya tanah tersebut menjadi hak milik kekal, 

"Alhamdulillah seramai 33 orang peserta pelbagai RTB yang menerima Borang 5A sebelum ini akan menerima geran tanah, setelah berjaya membayar premium tersebut." katanya. 


ADUN Rantau Abang itu berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Borang 5A dan Geran Tanah Bagi DUN Rantau Abang di Dewan Majlis Perbandaran Dungun pada Rabu, 5 Oktober. 

Dalam majlis itu juga, seramai 42 orang peserta RTB Batu Putih turut menerima Borang 5A termasuk 12 orang daripada DUN Sura. 

Turut sama menyaksikan majlis penyerahan itu ialah Timbalan Yang Dipertua PAS (YDP) Dungun, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, Nabi Ketua YDP, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik dan Bendahari PAS Dungun, Cikgu Mohd Amin Hamid. 

Sementara itu Ustaz Azman Shapawi berkata inilah kerajaan PAS Terengganu sentiasa mengotakan janji. 

"Tidak membezakan pegangan politik dalam melaksanakan janji, asalkan rakyat Terengganu dan layak, insya-Allah dapat," katanya.

Ulasan