Beri Kefahaman Supaya Anak Undi PAS


DUNGUN - Ibu bapa perlu memberi kefahaman yang jelas kepada anak-anak supaya mereka undi PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Ketua Dewan Pemuda PAS Dungun, Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata, kesedaran dalam kalangan anak muda terutamanya berusia 18 tahun amat penting bagi mengekalkan kemenangan PAS. 

"Kita minta untuk disampaikan kepada mereka serta paksa mereka untuk keluar mengundi pada tarikh pilihan raya yang telah ditetapkan.

"Terangkan kepada mereka betapa pentingnya politik dalam Islam bagi memastikan pemimpin Islam yang akan mentadbir negara.

"sudah pasti mereka yang faham akan mengajak kawan-kawan yang boleh mengundi untuk sama-sama menyokong PAS, " ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika berucap pada Majlis Perasmian Markaz Besar Parlimen Dungun (P039) di Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, pada Sabtu.

Menurutnya, Pemuda PAS Dungun telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyantuni pengundi muda.

"Kami telah berbincang untuk turun ke lapangan bagi mendekati anak muda yang berada di kawasan Dungun ini," ujarnya lagi.

Tegas beliau, seluruh pemuda Dungun akan bertungkus lumus bekerja bagi memenangkan calon yang akan diumum nanti.

"Walau apa jua badai melanda, segala rintangan yang terpaksa dihadapi pemuda akan mempertahankan Islam di muka bumi Dungun ini, insya-Allah," ujar beliau

Ulasan