Beri Undi Siapa Saja Calon Pilihan Parti


DUNGUN- Ahli dan penyokong PAS diingatkan supaya memberikan undi mereka kepada sesiapa sahaja calon yang dipilih oleh pemimpin Parti.

Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli mengingatkan mereka wajib akur dengan keputusan yang diputuskan dan tidak memboikot dengan tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 15(PRU15) atau sebaliknya.

"Kalau saya tidak dicalonkan lagi, saya tak kisah, saya akur dengan keputusan parti dan saya minta tuan puan juga kalau calon Parlimen Dungun nanti bukan calon pilihan tuan puan, terimalah, asalkan dari PAS," ujarnya.

Ustaz Wan Hassan berkata demikian ketika berucap merasmikan Markas PRU15 PAS Cawangan Taman Rakyat Jaya  di sini pada 22 Oktober.


Turut bersama berucap ialah Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri(MTD) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun.

Di majlis yang sama juga PAS Cawangan turut mengagihkan sumbangan barangan dapur dan wang tunai kepada penduduk yang memerlukan tanpa mengira fahaman politik dan disampaikan oleh kedua- dua tetamu istimewa itu. 

Sementara itu Cikgu Alias berharap agar mereka keluar mengundi dan memberitahu anak-anak juga mestilah  mengundi.

"Pesan kepada anak-anak atau adik beradik yang tinggal di luar DUN atau Terengganu baliklah mengundi, mengundi tidak boleh dibuat main, nanti kita dipersoalkan di hadapan Allah," katanya ketika dihubungi semalam.

Ulasan