Bukankah Itu Rakus Namanya ?


Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi dalam satu keluarga besar 'kabinet keluarga Malaysia'.

Bersusah payah, sejak daripada awal pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri membangunkan konsep 'Keluarga Malaysia', siap dengan lagu dan habiskan jutaan ringgit pusing keliling 'Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia. 

Tiba-tiba katanya "Tetapi bila ada isu berkaitan saya nampak dah tak boleh nak 'go on' (teruskan) lagi, jadi saya bubarkan (Parlimen)," katanya kepada media selepas merasmikan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) di sini, hari ini.

Lemah sungguh! Rapuh sungguh! Rupa-rupanya Dato Sri hanyalah memiliki 'hati tisu'.

Tan Sri Muhyiddin boleh bertahan dengan tohmahan dan tuduhan yang kononnya oleh sebab perkara itu, Ismail Sabri berkata, beliau membubarkan parlimen bagi memberi semula mandat kepada rakyat.

Kerajaan 'Prihatin Rakyat' yang diterajui Muhyiddin lah yang dituduh dan dimalukan dengan gelaran 'kerajaan tebuk atap', 'kerajaan pintu belakang' tetapi mengapa pula kerajaan 'Keluarga Malaysia' yang minta pilihan raya umum ke-15 diadakan segera?

Bukankah tindakan yang diambil Muhyiddin dengan mengadakan PKP disambung oleh Ismail Sabri yang kini diiktiraf sebagai langkah terbaik membendung Covid-19? 

Rakan sebaya Ismail, Anuar Musa yang dinaikkan pangkat sebagai Menteri Wilayah Persekutuan kepada Menteri Komunikasi Dan Multimedia, mengadakan kempen bahawa kerajaan Keluarga Malaysia telah berjaya mencipta sejarah! 

Masihkah kau ingat, tidak pernah berlaku sebelum ini pembangkang dan kerajaan duduk semeja menanda tangani MOU? 

Dan selepas itulah tiada lagi 'content' kempen PH menjaja kerajaan tebuk atap dan kerajaan pintu belakang. 

Tiba-tiba bila nak 'menjustifikasikan' tindakan menjadi pak turut kepada kluster mahkamah, Ismail Sabri 'spin' dab mengitar semula naratif itu. 

Bukannya lama lagi pun, kalau nak menunggu tempoh sehingga habis penggal ke-14 dan majoriti rakyat termasuk anggota penting barisan hadapan Jabatan Bomba dan Penyelamat menyuarakan pandangan. 

Janganlah diadakan pilihan raya umum pada musim banjir! 

Tapi 'kepala halia' si Presiden Umno, Zahid Hamidi kata "Umno sedia harungi banjir" demi untuk satu pilihan raya. 

Bukankah itu rakus namanya? 

Sama seperti 'Cikgunya' Anwar Ibrahim yang sudah merayu-rayu tanpa segan silu dan malu alah, minta rakyat beri peluang kepada beliau yang dah tak tahan nak jadi Perdana Menteri. 

Ulasan