KUALA TERENGGANU - Setiausaha LUHAMCARE Terengganu, Datuk Fariz anak kepada Veteren PAS, Dato Mustafa Ali, terkejut nama tular di media sosial jadi calon Perikatan Nasional di Parlimen Dungun.
Katanya, hanya tahu mengenai perkara tersebut apabila menerima ucapan tahniah dan melihat poster lapan calon PN di Terengganu yang turut mempamerkan gambarnya.
"Saya tidak tahu menahu senarai tersebut yang diterima dalam bentuk 'whatsapp' memang terkejut sebab tidak pernah meminta dan menawarkan diri.
"Sebagai peguambela, peguamcara dan sebagainya berkhidmat untuk rakyat, saya menafikan hal tersebut dan serahkan kepada presiden dan parti untuk menentukan keputusan akhir, " ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program anjuran Pertubuhan Kebajikan Lepasan Pelajar Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM Care) di sini, pada Isnin.
Tegasnya, program yang diadakan itu tidak ada kena mengena dengan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
"Sebab dah diaturkan dari awal lagi dan cuma kebetulan ia diadakan setelah pembubaran parlimen," katanya.
Jelasnya lagi, selama ini mana-mana peguam di bawah LUHAMCARE tidak pernah meminta untuk dicalonkan mewakili parti.
"Sampai bila-bila kami ada sentiasa bersedia sebagai peguam untuk membantu masyarakat dan rakyat," ujarnya lagi.
Ulasan