Gelanggang Tertutup Kaum Hawa


KUALA TERENGGANU – Sebanyak RM100, 000 diperuntukkan membina satu gelanggang tertutup khusus untuk kaum wanita bersukan.

Yang Dipertua PAS kawasan Setiu, Ustaz Shaharizukirnanin Abdul Kadir berkata, ia mempermudahkan anak-anak muda melakukan aktiviti sukan yang mereka gemari.

"Alhamdulillah, siap sepenuhnya. Boleh main bola jaring, bola tampar, bola keranjang dan lain-lain acara dengan selesa sesama perempuan tanpa ditonton lelaki," jelasnya.

Beliau yang juga Mantan Ahli Parlimen Setiu berkata demikian selepas merasmikan pembukaan gelanggang sukan tertutup di Kampung Apal, pada 23 Oktober lalu.


Menurutnya, kos pembinaan gelanggang tersebut menelan belanja RM100, 000 merupakan peruntukan Ahli Parlimen.

"Kos pembinaan ini bermula dari pembinaan gelanggang, bubuh penghadang dan pasang dinding mengelilingi keseluruhan gelanggang," ujar beliau.

Justeru itu , seandainya diberi amanah lagi selepas Pilihan Raya Umum ke-15, beliau bercadang membina lagi gelanggang di setiap DUN untuk memberi keselesaan kepada golongan hawa beriadhah.

Ulasan