KUALA TERENGGANU - Khidmat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia atau KHIDMAT Malaysia Terengganu akan menganjurkan Himpunan Petugas Bencana bagi mengumpulkan semua tenaga petugas dari seluruh negeri ini.
Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Terengganu, YB Haji Hanafiah Mat berkata, Himpunan tersebut akan diaakan pada 21 dan 22 Oktober 2022, bertempat di Darul Iman Training Centre (DITC), Kemaman.
“ia dibuat untuk persiapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana
khususnya banjir yang dijangka akan melanda pada musim Monsun Timur Laut yang
bermula pada bulan Oktober 2022 hingga Mac 2023,”ujarnya ketika dihubungi.
Katanya, seramai 300 peserta Himpunan akan menerima arahan bagi menyeragamkan
prosedur operasi standard (SOP) dalam pengurusan bencana.
“selain itu Himpunan selama dua hari itu juga bagi melatih dan membekalkan
petugas bencana dengan kemahiran asas yang diperlukan di lapangan pengurusan
bencana.
“ia juga akan diserta oleh beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan NADMA,” jelasnya.
Menuurutnya, Himpunan selama dua hari itu akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Hajah Siti Zailah Mohd
Yusoff, selaku Pengerusi KHIDMAT Malaysia Pusat.
Oleh itu, Haji Hanafiah yang juga Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Pembangunan Nasional negeri menambah, kerajaan Terengganu telah menggerakkan
semua jabatan dan agensi terbabit.
“persiapan telah dibuat termasuk menyediakan hospital sementara di setiap
daerah sebagai persiapan sekiranya berlaku banjir besar seperti yang diramal
pada hujung tahun ini.” tegas beliau.
Ulasan