KUALA TERENGGANU - Semua pihak, terutamanya parti-parti politik, dinasihatkan agar matang dan jangan suburkan politik fitnah, semata-mata untuk menang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
Ketua Pemuda PAS Bukit Payong, Ustaz Wan Muhammad Akid Wan Mohd Zulkifli berkata, sekiranya terdapat kekurangan dalam pentadbiran Terengganu boleh dikemukakan berdasarkan fakta yang tepat.
"Sebagaimana yang berlaku media sosial yang diyakini milik Ketua Pemuda UMNO Bukit Payong dengan jelas melakukan fitnah, kononnya 10 lot tanah telah dibahagikan secara senyap sedangkan ia tidak wujud dan tidak berlaku.
"Ia memburukkan imej kerajaan dan parti yanh memerintah, sehingga tindakannya telah mengakibatkan berlaku perbalahan dan kekacauan di Kampung Padang Tanjung," katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi, mengula laporan yang dibuat di Balai Polis Bukit Payong, dua hari lalu.
Tegasnya, laporan yang dibuat agar pemilik 'Facebook' Mohdfairuz Mohamadharun itu disiasat dan diambil tindakan yang sewajarnya oleh PDRM.
"Juga berharap agar dibuat permohonan secara terbuka, kerana telah melakukan fitnah yang menyebabkan berlakunya suasana tidak harmoni.
"Jangan gunakan modal politik murahan ini tanpa mengambil kira dosa dan pahala yang juga akan melihat bertapa teruknya UMNO ini yang akan mengundang kekalahan besar pada PRU nanti," ujarnya lagi.
Ulasan