Khidmat Malaysia Terengganu Sedia Bantu Hadapi PRU dan Banjir


Oleh ; Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU - Khidmat Malaysia Terengganu bersama agensi kerajaan yang lain bersedia untuk memberikan bantuan kepada seluruh rakyat dalam menghadapi risiko banjir ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

Ketuanya, YB Haji Hanafiah Mat berkata, ia salah satu langkah keselamatan sekiranya  berlaku perkara yang tidak diingini pada saat mengundi nanti.

"Seramai 300 orang dari pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) hadir ke kursus dan silumasi banjir terutama perbincangan, brainstorming.

"Pada kali ini lebih beri tumpuan kepada jika berlaku banjir pada hari mengundi, bagaimana cara-cara untuk selamatkan mangsa dan kemudaian bawa mereka ke tempat mengundi," jelasnya.

Beliau yang juga merupakan ADUN Chukai berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini mengulas mengenai Himpunan Petugas Bencana Khidmat Malaysia Terengganu 2022 di Darul Iman Training Centre (DITC), Teluk Kalong, Kemaman.


Mereka terdiri daripada Khidmat Malaysia Kawasan, Dewan Pemuda PAS, Jabatan Amal, Dewan Muslimat, TAG 4x4, Yayasan Amal, Iman Care, Azhar Care, Warga prihatin, ARC, Darushifa', Papisma, Ameerah Care, Briged Muslimat dan Unit Belia Sukan Negeri Terengganu (UBSNT).

"Alhamdulillah banyak tunjuk diberikan oleh fasilitator-fasilitator terlatih bagi memastikan keberkesanan sekira berlakunya banjir besar sebagaimana yang diramalkan oleh meteorologi.

"Dan dalam masa yang sama juga kita jemput para pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah berpesan kepada kita bagaimana nak menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.

"Dan JKM pula telah menerangkan  perkara yang harus dilakukan apabila sampai di Pusat Perpindahan Sementara (PPS)," ujar beliau.

Justeru itu, beliau berharap program pada  kali ini berjaya  dan semua dapat memahami hasrat yang dilakukan pihak kerajaan  melakukan PRU ketika musim tengkujuh.

Ulasan