Komponen PN Boleh Menerima Teguran


DUNGUN - Sepanjang tiga tahun bersama   komponen lima parti  dalam Perikatan Nasional(PN), gabungan ini ternyata boleh menerima teguran dan pandangan. 

Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata atas sifat inilah beliau yakin jika PN diberi mandat memerintah Malaysia, kestabilan  negara berjaya diwujudkan. 

"Insya-Allah jika selepas 19 November ini PN sendiri yang memerintah negara sebab mudah, saya perhati dalam masa tiga tahun bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) ialah boleh menerima teguran,boleh menerima pandangan, 

"Kalau itu ada, ini menandakan akan ada perubahan yang baik kepada negara kita jika PN diberi kepercayaan memerintah Malaysia, " katanya.

Ustaz Wan Hassan berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Markaz Besar P039 Dungun di Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate dekat sini semalam.

Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu(BPPNT), Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan turut dihadiri Pesuruhjaya II, PAS Negeri Terengganu, Dato ' Ustaz Saiful Bahri Mamat serta Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan itu.

Menurutnya, kepimpinan yang boleh diberi pandangan dan mendengar   nasihat rakyat.

"Tan Sri Muhyiddin bertanya 1MDB terus dipecat, itu bukan membuka ruang untuk mendengar nasihat, merasa pandai segala - gala, ini bukan zaman kerajaan, Pemimpin seperti itu,

" Alhamdulillah, di ruang legar, di bilik BBC saya boleh tengok bagaimana serasi an menerima pandangan dan pendapat itu wujud,

" maka saya  harap, saya pohon dengan Allah supaya selepas Pilihan Raya Umum, 19 November yang akan datang paksi utama kepada sebuah kerajaan biarlah Perikatan Nasional membentuk Kerajaan Persekutuan,

"Insya-Allah ianya akan membawa Malaysia yang jauh lebih baik, lebih kondusif dan selesa untuk anak-anak kita, " jelasnya.

Ulasan