Masa Untuk Turun Ke Lapangan


Oleh : RR

KUALA TERENGGANU – Sudah sampai masanya semua jentera parti di setiap kawasan turun ke lapangan berjumpa dengan masyarakat.

Ketua Muslimat PAS Kawasan Kuala Terengganu, YB Zuraida Md Noor berkata, peranan sangat besar untuk membangun masyarakat kembali kepada Islam dan taat pada Allah swt.

“Sekarang bukan masanya kita berpeluk tubuh tanpa mengiraukan dan memikirkan masalah ummah sekeliling kita.

“Kena ingat tugas dan tanggungjawab kita bersama PAS bukan sekadar berpolitik. Kita mempunyai tanggungjawab yang besar untuk kita turun berdakwah memimpin masyarakat kenal Islam, ajak seluruh manusia kepada kebaikan dan cegah kepada keburukan,” jelasnya.

Beliau yang juga ADUN Wanita Terengganu berkata demikian ketika berucap dalam program Himpunan Ameerah yang diadakan di Markaz tarbiyyah Wakaf Mempelam pada Khamis, 13 Oktober yang lalu.

Beliau menjelaskan bahawa, jangan meletakkan gerak kerja Islam sebagai hanya mengisi masa lapang tetapi hakikatnya adalah tuntutan dan kewajipan.

“Saya selalu sebut Ameerah buat program jangan sama denga Puteri Umno buat program, kena berbeza sebab kita buat program nak taat pada Allah daripada tak bertudung jadi bertudung daripada tak tutup aurat,tutup sempurna.

“Ingat jangan pergi program Ameerah pada masa lapang sahaja, kerja Ameerah adalah kerja strategi untuk menangkan Islam, kerja Ameerah untuk mendaulatkan Islam di bumi Terengganu ini.

“Ingat bukan kerja main-main. Kita bantu perjuangan Islam menjadi tentera Allah,” ujar beliau.

Justeru itu, beliau berharap semua jentera bersedia berhadapan dengan halangan, cabaran, ujian, dan sunnah perjuangan untuk mencapai kemenangan Islam.

“Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 bakal berlangsung merupakan pertarungan antara memperjuangkan hak dan batil untuk memastikan takuk pemerintahan dipegang oleh mereka yang berkepentingan pemerintahan Islam.

“Ataupun dipegang oleh orang yang zalim berpekentingan peribadi . inilah orang kata bukan mudah, kerja yang sangat berat,” tambah Zuraida lagi.

Ulasan