Muslimat Gerakkan Pasukan Perang Tambah Majoriti

 

DUNGUN - Muslimat PAS diseru mengerakkan ‘pasukan perang’ Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) untuk menambah majoriti dan menawan semua kelapan-lapan  Parlimen di Negeri Terengganu

Ketua Muslimat PAS Terengganu, To' Puan Zarani Othman  berkata, ia akan menjadi penanda aras kepada pilihan raya di peringkat DUN nanti.

"sekiranya bertambah, Alhamdulillah, insya-Allah sokongan kepada PAS semakin naik, kalau kurang ini akan menjadi cabaran kepada kita,

" Parlimen Dungun adalah Kawasan yang mendapat majoriti kedua tertinggi di Terengganu selepas Marang, " ujarnya.

Beliau menjelaskan demikian ketika berucap di Program Jelajah Semarak Mujahidah ke Dungun yang diadakan di Balai Raya Bukit Besi di sini pada 26 Oktober.

Tambahnya, selain kerja fizikal PRU15, pengiisian rohani dan munajat memohon keredaan Allah, juga mestilah diseiringkan.



"Bermula malam selepas hari penamaan calon, bermunajatlah, kita nak Muslimat gerakkan. seribu satu kawasan satu malam, kalau 100 Cawangan, 10 orang AJK Cawangan jadi 1000  bermunajatlah,

"Dari selepas maghrib sehinggalah sebelum subuh, solat hajat dan zikir munajat dan baca Al Quran 1000 orang sehinggalah hari pengundian." pintanya kepada jentera Muslimat PAS Dungun yang  memenuhi setiap ruang dewan tersebut.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib Ketuanya, Zuraida Md Noor, Pengarah Pilihan Raya, Shamsiah Abu Bakar, Setiausaha, Rahimah Muda, Ketua Muslimat Dungun, Khairiah Mokti dan Ketua Muslimat PAS Kemaman, Fainah Mat.


Sebelum itu, Zuraida mengajak Muslimat untuk meneruskan gerakerja yang lebih mencabar bukan berada di zon selesa, memandangkan PRU15 berbeza dengan PRU14.

"Sebelum ini kita berkempen sebagai pembangkang tetapi kali ini sebagai kerajaan memerintah, kita bukan hanya menyumbang masuk duit dalam tabung samah, tabung buluh atau tabung PRU, bukan sekadar tu,

"Tetapi kita memasuki fasa untuk berkorban, berkorban masa, wang ringgit, tenaga dan apa sahaja yang mampu kita beri sebab PRU15 adalah pertembungan iaitu pertempuran antara hak dan batil..

Tegasnya, kerajaan Perikatan Nasional mesti dipertahankan  untuk terus memerintah, kerana banyak sangat isu integriti di kalangan Barisan Nasional(BN) dan Pakatan Harapan(PH).

"Jadi kita perlu ada rasa untuk berjuang dan berkorban dan sesiapa yang bersedia sanggup berkorban, mereka akan di pandang mulia di sisi Allah SWT.," ujarnya lagi.

Ulasan