PAS Buka Ruang Anak Muda Aktif Dalam Sukan Diminati

 


Oleh : RR

BESUT – PAS sentiasa membuka ruang kepada anak muda menceburi hobi dan kerjaya dalam bidang sukan yang mereka minati.

Bendahari Pemuda PAS DUN Kuala Besut, Kasyful Azim berkata, sempena Karnival Terengganu Maju Berkat Sejahtera (TMBS), seramai 16 pasukan yang menyertai pertandingan kejohanan Sukan Elektronik (E-Sukan).

“Sambutan kalau permohonan memang banyaklah, setakat ini dalam 40 pasukan tapi kita ambil 16 sahaja setakat ini disebabkan masa,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di tapak program karnival TMBS DUN Kuala Besut di Tapak pasar Tani, pada semalam.

Menurutnya, program sebegini dapat merapatkan hubungan anak-anak muda di antara satu sama lain.

“Saya lebih fokus kepada millenia pengundi baru. Jadi kita fokus kebanyakan yang lebih kepada strategi pemikiran kebanyakan milenial .

“Kalau dari segi untuk melibatkan tenaga ia kurang, ia lebih kepada strategi pemikiran yang baru,” ujar beliau.

Justeru itu, beliau berharap agar golongan muda menyokong parti PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 nanti.

“Walaupun dalam politik ada juga permainan game, walaupun lebih kepada islam ada juga aktiviti-aktiviti game,” tambah beliau lagi.

Ulasan