PAS Tak Pernah Membeza-bezakan Rakyat


Oleh : RR

KUALA TERENGGANU - Kerajaan PAS Terengganu pada hari ini tidak pernah mendiskriminasi rakyat walau mereka berlainan agama, bangsa dan ideologi politik .

Ketua Muslimat PAS kawasan Kemaman, Ustazah Fainah Mat berkata, layanan pimpinan  yang diberikan kepada rakyat adalah adil tanpa memilih.

"Diterajui oleh kepimpinan yang memahami Islam, sirah perjuangan Nabi dan Rasul.

"Berintegriti, amanah, tunai janji dan lain-lain sifat yang sepatut ada bagi seseorang yang beriman," jelasnya ketika dihubungi piha pada hari ini.

Oleh itu, beliau berharap agar anak-anak muda terutama pengundi kali pertama agar bijak membuat pilihan ketika mengundi pada 19 November nanti.

"Pilihlah Parti Islam Se Malaysia (PAS) dan semoga masa depan kita semua terbimbing dengan bimbingan Islam serta elamat dunia akhirat," ujar beliau.

Justeru menurutnya, PAS layak menerajui kerajaan persekutuan selepas PRU15 berdasarkan prinsip telus dan integriti serta berkebajikan sebagaimana contoh ditunjukkan oleh ahli-ahli parlimennya. 

Ulasan