PAS Yakin Pertahan Kemaman


KEMAMAN – PAS yakin mempertahankan kerusi parlimen Kemaman yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum lalu.

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, YB Haji Hanafiah Mat berkata, tinjauan yang dilakukan menunjukkan masyarakat kawasan tersebut puas hati dengan khidmat parti itu. 

Menurutnya, mereka sangat menghargai  program-program kebajikan, sosial dan keselamatan yang dianjurkan kan oleh kerajaan PAS sekarang.

“Tiada sebab untuk ubah kerana PAS mempunyai kestabilan, keamanan dan dedikasi dalam pemerintahan jauh berbeza dengan kerajaan dahulu.

“Apatah lagi kita telah berjaya menunaikan Manifesto yang telah kami janjikan pada Pilihanraya yang lepas,” jelasnya.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Chukai berkata demikian selepas Himpunan Petugas Bencana Khidmat Malaysia Terengganu 2022 di Darul Iman Training Centre (DITC), Teluk Kalong, semalam. 

Tambah Haji Hanafiah, kekuatan PAS di Kemaman juga sentiasa dominan dan mempunyai jentera yang berfungsi dari semua lapisan.

Beliau berkata, selama empat tahun kerajaan PAS memerintah Terengganu yang mana semua kaum tidak mengira bangsa dan agama mendapat layanan yang sama rata.

“Harapan saya agar PAS dapat mengekalkan kemenangan di Parlimen dan begitu juga di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) nanti,” katanya.

Tambahnya, kebanyakan rakyat Kemaman memberi sokongan terbuka kepada kerajaan PAS untuk mengekalkan kemenangan.

Ulasan