Perintahkan Anak Supaya Balik Mengundi

 


Oleh : Pyang Mamat

KEMAMAN - Semua anak-anak muda diperantauan diseru agar pulang mengundi pada 19 November nanti bagi menunaikan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

Naib Yang Dipertua Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Kemaman, Ustaz Haji Hazri Jusoh berkata, anak muda perlu bijak dan arahkan anak-anak supaya balik mengundi pada Pilihanraya Parlimen nanti.

"Kita sebagai anak muda perlu cerdik dalam memilih siapa yang akan memimpin kita samada di negeri maupun negara. 

"Pada ayah-ayah pula perlu mengarahkan anaknya yang berada dikolej, universiti dan sebagainya supaya pulang memangkah pada hari mengundi nanti," katanya. 


"InsyAllah, hampir 200 buah bas akan disediakan oleh PAS Negeri Terengganu bagi membawa pulang pengundi muda yang berada di luar sana," jelasnya.

Beliau berucap ketika merasmikan Program Tukar Minyak Hitam anjuran bersama Ameerah dan Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal di Kampung Beris Meraga pada 24 Oktober.

Turut hadir memeriah program adalah Pengerusi Perantau Anak Terengganu (PERANTAU), Dr. Mohd Nuri Al Amin Hj Endut.

Ulasan