Pertemuan Positif


KEMAMAN - Pertemuan diantara Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 26 September berlangsung dalam suasana positif. 

Naib Presiden PAS, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, banyak perkara dibincangkan dan dipersetujui dalam perjumpaan itu untuk terus mengekalkan kerjasama PN.

"Saya rasa ianya telah dijelaskan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang gambaran apa yang dibincangkan hasil pertemuan itu, semuanya dalam keadaan baik dan kita tengoklah bagaimana untuk mencapai peningkatan yang seterusnya, insyaAllah.

"(Pertemuan itu) lebih kepada perbincangan bagaimana untuk sama-sama memperkukuhkan hubungan bagi berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, jalan itu ada di hadapan dan sedangn dirangka strategi-srategi serta langkah-langkah teknikal yang perlu dibuat,"ujarnya. 

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata demikian kepada pemberita, selepas menyempurnakan perasmian Loji Rawatan Air Buki Sah, semalam. 


Oleh itu, beliau berkata tindakan Umno yang dilaporkan, menghentikan serangan terhadap PAS adalah amat baik. 

"Alhamdulillah, ianya kita alu-alukan sebab serangan sesama sendiri ini tidak mendatangkan faedah kepada sesiapa, (hanya) syok sendiri sahaja, apabila menyerang (tidak ambil kira) samada perkara yang diserang itu betul atau tidak itu (diletak) perkara nombor dua.

"Jadi yang paling penting kita duduk bincang ini selalu saya sebut, ialah walaupun ada orang kata dah dekat nak pilihanraya baru timbul keadaan macam ini 'better late than never' apa yang baik ini, dia tetap baiklah," katanya.

Katanya, setiap kali ditanya oleh pihak media mengenai mufakat politik antara parti-parti melayu berkait dengan kepentingan orang Islam di seluruh negara PAS memiliki pendirian yang tetap untuk terus mewjudkan perpaduan.

"Bahawa PAS tidak akan putus asa berusaha agar wujudnya muafakat politik secara menyeluruh kepada orang Melayu Islam dalam negeri kita ini, mungkin itu sebahagian daripada apa yang mampu kita capai pada peringkat ini," ujarnya.

Ulasan