KUALA TERENGGANU- Perikatan Nasional (PN) yakin akan menyapu bersih kelapan-lapan kerusi Parlimen Negeri Terengganu di Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) yang akan diadakan pada 19 November nanti.
Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman yang melahirkan keyakinan berkenaan berdasarkan prestasi kerajaan negeri yang melaksanakan pelbagai agenda untuk kesejahteraan rakyat.
"Kita 'target' menang semua daripada Besut ke Kemaman walaupun ada sedikit sebanyak cabaran,memang kita tahu Umno akan bekerja kuat tetapi kita sebagai sebuah kerajaan mungkin akan bersifat 'defensif',
"Mungkin kita menghadapi banyak serangan tetapi kita masih ada 'peluru' untuk kita tembak, untuk kita gunakan dan Insya-Allah kita menang lapan kerusi Parlimen kali ini", tegasnya lagi.
Beliau berkata demikian di Sidang Media Khas PAS Terengganu yang diadakan di Pusat Media PN Terengganu dekat sini semalam.
Menurutnya, pilihan raya kali ini tidak berhadapan masalah yang besar di negeri Terengganu dan jentera PAS akan turut membantu untuk memastikan kemenangan PN.
"Mana sahaja sekutu kita yang bertanding, seolah-olah kita yang bertanding, kita akan support 'all out' untuk PN dan kita tidak memberi peluang Umno menang
Ulasan