PRU15 Tanggungjawab Anak Muda


Menjelang PRU15, dipercayai sebanyak 7.8 juta pengundi baharu bakal bertambah. 

Daripada jumlah ini 3.8 juta mewakili golongan muda berusia 18 tahun. 

Pertambahan ini menunjukkan jumlah pengundi baru mewakili 34% daripada keseluruhan jumlah pengundi. 

Dalam kata lain, tiga daripada sepuluh pengundi ialah pengundi baru.

Kehadiran pengundi baru ini mampu mengubah senario politik semasa jika semua pengundi tersebut keluar mengundi semasa pilihan raya yang akan datang.

Pembubaran Parlimen bagi membuka ruang kepada PRU15 ketika musim tengkujuh pada masa jni dilihat sebagai strategi sesuatu parti politik untuk memastikan peratus keluar mengundi rendah. 

Walau apa pun rintangan, Pengundi muda tidak seharusnya memandang ringan soal politik dan seterusnya menentukan pemimpin negara melalui pilihan raya.

 Lebih-lebih lagi di saat negara dilanda kes mahkamah berkaitan kluster korupsi dan rasuah yang berleluasa.

Undi18 dilihat dapat memberi peluang kepada golongan muda untuk terlibat aktif dalam membuat keputusan berkenaan masa depan negara.

 Pelaksanaan Undi18 yang akan bermula pada  tahun ini, di mana pilihan raya di negara ini akan menggunakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi pengundi yang berusia 18 tahun.

Saya tertarik pesanan Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi: “Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi muda pada hari ini.”

 Sebagai wakil belia, saya menyeru agar anak muda menunaikan tanggungjawab bagi memastikan Kepimpinan Negara diperintah oleh pemimpin yang telus dan berakauntabiliti selepas ini. 

Generasi muda juga perlu melengkapi diri dengan ilmu pengundi dan sistem demokrasi. 

Peluang yang ada Manfaatkan dengan sebaik mungkin.

 Apa yang diharapkan generasi muda kini dapat menggunakan hak yang mereka miliki dengan bijak, matang dan berkesan.

 Hal ini kerana tanggungjawab Ini bukan sahaja tanggungjawab untuk mengundi tetapi tanggungjawab kita terhadap masa depan Negara dan generasi yang akan datang.


Mohammad Farhan Bin Shalahhudin

ADUN BELIA NEGERI TERENGGANU




Ulasan