Rekod Prestasi Cemerlang, PAS Mampu Tadbir Negara


 Oleh : RR

KUALA TERENGGANU – PAS mampu mentadbir negara berdasarkan rekod prestasi cemerlang Menteri dalam kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ dan parti itu bukan sahaja mempunyai ramai ulama tetapi ada pakar professional dan teknorat yang berdedikasi.

Ketua Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu (DMPNT), To’ Puan Hajah Zarani Othman berkata, kerajaan negeri negeri yang ditadbir seperti Kelantan, Terenggau dan Kedah mempunyai pencapaian yang cemerlang.

“Insya Allah, PAS boleh pimpin negara. Buktinya kita telah mempimpin kerajaan Kelantan sejak 1990 lagi hingga sekarang, rakyat Kelantan terus maju dan Makmur. Begitu jugak dengan kerajaan Terengganu yang dipimpin oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Manifesto yang kita janjikan sebanyak 20 telah dilaksanakan kerana kita berpegang pada janji dan ianya adalah satu amanah wajib usaha dan dilaksanakan.

“Rakyat sekarang boleh merasai nikmat dan kecaknaan kerajaan Terengganu antaranya pemberian tanah, rumah, wad kelas ketiga percuma dan lain-lain,” jelas beliau.

Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS kawasan Marang berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

Menurutnya, Pilihan Raya Umum (PRU) sebagai satu  platform rakyat untuk memilih menteri kabinet yang menerajui negara Malaysia nanti.

“Oleh itu, menjadi satu manah untuk memilih siapa pemimpin kita, semuanya terletak di tangan pengundi-pengundi yang akan mengundi pada 19 November nanti.

“Baik dan amanahnya pemimpin akan baik dan sejahteralah negara, tapi kalu kita silap pilih, pemimpin yang tak amanah akan rosak dan binasalah negara. 

“Dengan kuasa memangkah di tangan kita, sudah semestinya kita kena pilih betul, seorang pemimpin yang dipilih mestilah seorang yang benar, amanah dan bijaksana,” ujar Zarani.

Justeru itu, beliau mengajak kepada semua para pengundi  agar memilih parti yang mampu mentdbir negara dan bersih dari rasuah. 

“Segala pekerjaan kita ada hitungan dosa dan pahala, dan di akhirat kelak setiap orang akan dipanggil dengan pemimpin yang kita pilih semasa di dunia,” tambah beliau lagi.

Ulasan