Tenaga Anak PAS Bantu Kemenangan


 Oleh : Fatimah Din 

MARANG - Para Ibu bapa dalam kalangan ahli PAS diseru agar melibatkan  anak-anak mereka untuk menyumbang tenaga, membantu parti itu meraih kemenangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 

Ketua Ameerah Marang, Solehah Sudin berkata, 'kerja besar'pilihan raya memerlukan petugas yang ramai

"Setakat ini kami dah tubuh belaka jawatankuasa, 'team naqibah', pasukan kempen dan sebagainya termasuk jadual bagi persediaan pasca pilihan raya," jelasnya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Jelajah Semarak Mujahidah Kawasan Marang, diadakan di Surau Pengkalan Berangan, semalam 25 Oktober. 


Menurutnya, Program tersebut telah berjaya menghimpunkan seramai 60 orang anggota Ameerah dalam DUN tersebut, diadakan sempena Lawatan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) ke kawasan ini. 

Disamping itu kata beliau, NGO Ameerah Care menyantuni enam buah rumah dalam DUN itu. 

"Ketengahkan anak-anak bonda semua agar dapat mengisi team yang telah kita bentuk untuk membantu meraih undi anak muda," ujarnya. 

Ulasan